f SITI CNT LIFE STORY: BENCANA KEJADIAN RUNTUH DI ULU LANGAT type='image/x-icon'/>

DEAR FOLLOWER

Saturday, May 21, 2011

BENCANA KEJADIAN RUNTUH DI ULU LANGAT

assalammualaikum semua , 
 hai rakyat malaysia . rasanya semua tahu BERITA GEMPAR dimana kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan beberapa orang di ULU LANGAT , SELANGOR . yang menyayatkan hati aku lagi apabila mengetahui BENCANA ini menimpa kanak-kanak yang berstatus , ANAK YATIM . masya-Allah . 


kejadian ini sangat menyedihkan aku .. SUNGGUH ! pihak berkuasa berkata mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu ini tanah runtuh . TAPI , YANG PASTI SEMUA  YANG BERLAKU ADALAH KETENTUAN TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI . 

bila iklan kat tv 3 . mesti ada laporan mengenai kejadian ini . aku sedih betul . SEMOGA MEREKA YANG MENINGGAL DUNIA DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN , AMIN . 


Timbalan Menteri Malaysia jugak datang tengok mangsa-mangsa tanah runtuh . 
wartawan , HALIM MOHAMED mengatakan . kejadian berlaku semasa mangsa2 sedang buat latihan Nasyid ... beliau mengatakan masih terdapat mangsa-mangsa yang terperangkap . Aku tengok kat tv , ramai betul orangran  terutama , pihak berkuasa , penduduk tempatan membanjiri kawasan kejadian .




Walaubagaimanapun, ucapan takziah kepada mangsa2 dan semoga operasi yang masih di teruskan walaupun dalam keadaan hujan yang lebat (tadi), dapat menyelamatkan mangsa2 lain yang masih belum di temui. Seramai 10 orang masih belum di ketemui. Sama2 kita menunggu laporan terkini nanti.Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.



Sehingga jam 8pm tadi seramai 5 orang mayat mangsa yang berumur 11 dan 14 tahun dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat berjaya di keluarkan daripada tanah runtuhan. Manakala 9 orang di temui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

erm , ada seorang saksi mengatakn dia cuba menyelamatkan seorang mangsa yang masih hidup tapi tersepit di celah2 batuan besar . korang dapat bayangkan x situasi CEMAS tuh ?  




perkara yang berlaku ni , MEREKA TAK SANGKA SAMA SEKALI . !


aku comfirm , muka depan surat khabar esok mesti keluar pasal kejadian nih . SAMA-SAMA KITA NANTIKAN LAPORAN MENGENAI KEJADIAN TANAH RUNTUH DI ULU LANGAT ESOK . 




BERITA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI ULU LANGAT , SELANGOR .




* salam takziah kepada mereka yang telah pergi menyambut seruan Ilahi . 

SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

0 BERBICARA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...