f SITI CNT LIFE STORY: 2011 type='image/x-icon'/>

DEAR FOLLOWER

Wednesday, December 28, 2011

SELAMAT TINGGAL

assalammualaikum korang dan selamat petang yang hening . 

apa khabar korang semua . harap sehat sehat belaka ! . aku ? alhamdulilah sehat . dah nak masuk tahun 2012 kan ? apa perasaan korang ? XSABAR ? sama lah dengan aku ! hahaah , xsabar nak masuk sekolah balik ! 




rindunya nak update blog . ! . banyak cerita nak kongsi bersama . banyak benda aku lalui  sepanjang aku 'terhenti' update aritu . ramai jugak (dikalangan sepupu pupu aku ) tanya KENAPA XUPDATE BLOG and etc.

maafkan aku . aku mungkin akan terhenti untuk selamanya . OH TIDAKKKK ~! xlah sampai macam tuh , mungkin untuk berbulan bulan lamanya . atau mungkin jugak untun betahun tahun lamanya ! insyaAllah , sampai ada orang yang sudi menbayar bil internet . aku sambunglah blogging aku . aku ni xda duit :(( tapi x pe . ada masa aku ke cc . macam sekarang nih ! 

baeklah , biar aku kasi cerita satu kesah sebelum blog aku ni berhenti update untuk 'seketika' . 


PENILAIAN MENENGAH RENDAH . ujian tuh la yang aku ambek bulab punya bulan lepas . dan dah pun keluar result 22 dis 11 aritu . aku x ke sekola untuk ambek slip ujian sebab aku ke kl nak jaga anak buah  aku . aku tahu keputusan aku melalui MySMS . haa , start jam 10 am aku dah antar . TUNGU PUNYA TUNGGU , sampai terbuang air besar aku . jam 11am baru dapat mesej dari MySMS . 1 jam lamanya aku tunggu macam sehari lamanya aku tunggu . HOHOHO ! . 

so , bila dah dapat mesej tuh aku tutup skrin handpone . TAKUTLAH KONON ! . slow sloa turun . sampai satu ayat 7A1B . aku menjerit kuat gilaaaa . dah tuh aku menages . Najah yang kat depan tuh pelik .. takut agaknya , dia peluk aku .. 7A1B . macam mimpi . lepas aku abes tidokan najah dalam buai aku tengok balik handpone aku . BIAR BETOL !! aku xpernah (seumo hidup) dapat sc dan math A . aku bukan pandai sangat ! aku send mesej tuh tanpa memasukkan satu huruf kat mak ,ayah , angah dan along . DIEORANG PUN XSANGKA  ! aku cakap AKU LAGI LAH XSANGKA ! . mak kol aku , nages nages . dia cakap XPERCAYA jugak ! dia cakap  tahniah dan terima kasih ! . bile dengar dia nages aku pon 2x3000 la menages sekali !! 


haha , dalam hati aku xdalah gembira sangat . LEBIH KEPADA TERKEJUT ! otak berfikir : mungkin MYSMS silap kasi result kut . aku bukannya pandai ..bla bla bla .. 

bila petang tuh mak aku kol cakap 
mak da ambek result kau . kau tahu kak ayah kau gembira sangat . 

start dari situ , aku terus percaya ... start dari situ jugak aku semyum sampai ke telinga arh . inbox penuh ngan TAHNIAH TAHNIAH . malangnya kredit pulak tak da . kesian kengkawan aku yang tanya result aku berapa ! . 

so itula cerita nya . mak aku dah panggil . HAHA  , 




SELAMAT TINGGAL TEMAN TEMAN BLOGGER ! jumpa lagi nanti ! . SELAMAT TAHUN BARU @!




SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Saturday, October 29, 2011

mezalimi diri sendiri

assalammualaikum semua , dan selamat malam .. 

YAHOOOOOOOOOO , sebelum aku straight to the point , bio aku kongsi kegembiraan ku dengan korang yang tengok PIALA MALAYSIA tadi tuh . as u all know , siapalah JUARA PIALA MALAYSIA kalo bukan , dan  kalo tidak NEGERI SEMBILAN !!


tapi aku xcakap TERENGGANU KALAH , memang TERENGGANU kalah 2-1 tapi sekurang kurangnya TERENGGANU MENANG 1 GOL . ada lah tuh kan daripada 0 gool ?
kalah menang adat permainan . salah seorang mesti akan menang , dan sorang lagi mesti kalah 

KEMENANGAN  menbuatkan kita menambahkan usaha untuk TERUS MENANG  ... KEKALAHAN   menbuatkan kita BERUSAHA UNTUK MENANG ! 


itu kata kata pedoman yang sering aku pakai .. JANGAN KALAH KALO NAK MENANG ! . 


okeh back to the topic , accuatlly , aku nak cerita pasal diri aku sendiri . aku xtahu lah kenapa aku rasa macam nih ... aku sering muntah muntah muntah even hari nak periksa aritu pon aku nak muntah , BUKAN NAK tapi DAH MUNTAH . dalam kelas lagi . seminggu sebelum aku exam PMR , aku kene SAKIT DEMAM DAN CIRIT BERIT . bayangkan ~ ..


BUT , PAST IS PAST RIGHT ? 


cuba , sejak PMR abes ni , memang tak dah aku jejak kaki ke klinik . HARI NI , akak aku tegur , 


along : dari siang sampai malam along nampak kau muntah muntah , kau x sehat ker ?


aku : sehat sehat , dah biasa dah ni ,, sekejap je 


along :  sekejap pon  , nak pergi klinik tak ?


aku : tak pe lah , esok akak pergi dengan mak :D


along : mm , oke , tapi along nak cakap sikit , kita sakit , pastu kita tak nak pergi klinik , Xmakan ubat , itu bermaksud kita menzalimi diri kita sendiri . MENZALIMI ADALAH BERDOSA , APATAH LAGI MENZALIMI DIRI SENDIRI . ITU BERDOSA . kalau akak xnak pergi jumpa docter , Xmakan ubat , akak akan menyusahkan orang laen . akak ada tanggungjwab kat mak ayah . akak kene igat tuh 


aku : ( senyap ) 


aku pun tak tahu nak simpulkan apa . tapi yang pasti APA YANG AKAK AKU CAKAP TUH BETUL . aku tak tahu kenapa aku tak terpikir semua tuh , dan sekarang , ayat ayat along macam tertanam kat otak aku . AKU ADA TANGGUNGJAWAB ! 
YA ALLAH , AMPUNKAN DOOSA HAMBAMU YANG TELAH MENZALIMI DIRIKU SENDIRI 

# blogging sorang sorang sambil dengan lagu BERDUA BERSATU  
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Friday, October 28, 2011

sejarah aku dengan lipas .

assalammualaikum semua , dan selamat tengah malam . 

malam ni kalo korang boring boring , jum baca entry aku ni . accuatlly , aku dah lama nak ceritakan benda ni , tapi ASYEK LUPA , ASYEK LUPA , huhuh ..


gini , kesah aku ni adalah punca sampai sekarang aku x rapat / dislike lipas . aku xbenci , xgeli . tapi aku x suka . menyampah pun ada . heee . 

kesah ni dah terlalu lama . lama , sebelum aku pindah . duluu rumah aku teres je , pintu pun dah nak kopak . so far , alhamdulilah .. walaupun pintu dah nak    kopak , xda pulak orang pecah rumah :D

dulu , masa aku keciik keciik . aku xberani tido sorang sorang . kalo xdengan akak akak . mesti dengan mak dan ayah . mak ayah akan bentangkan tilam sebelah katil mak ayah . pastu , adek lelaki dan ayah aku tido atas . aku dan mak kat bawah . 

ada satu malam tuh , dalam gelap . aku dapat rasa something is moving kat muka aku . so , aku tepiskan ke tepi . sebab aku igatkan semut . dan secara langsung aku igatkan dah x dalah kan . rupa rupanya benda tuh gerak gerak lagi kat tangan aku . last last aku tampor leh . bila aku dah tampor benda tuh , aku rasa berair .. so , alu wake up lah . aku pegang muka , dan tangan . berlendir . aku pikir bukan bukan . so , aku kejut mak . suh dia teman aku ke tandas . 

aku ada cakap dengan mak , yang bau cecair tuh , hanyir . mungkin ke KENCING LIPAS . mak cakap MEREPEK je kau nih ! . 
ermm , 


bila aku nak tido balik , memang aku berhati hati . tertiba aku nampak benda kecik tengah terbang dari bawah katil ke atas amari . SUMPAH MENAKUTKAN , aku bukan pikirkan hantu masa tuh , just , aku memang dah agak ITU LIPAS !  
mengakutkan lantas aku peluk mak . 
MAKKK ~ 

so , walaupun korang atau member member aku kekadang tangkap lipas then letak atas tudung budak budak perempuan . aku TENANG je , padahal hati GELORA JIWAAAA ~ , kalo ada peluang melarikan diri - keluar kelas - aku KELUAR ! 

ermm , tulah kesah aku dengar lipas . sampai sekarang aku takut lipas even thoo , benda ni dah bertahun tahun lepas . TAPI CUBA BAYANGKAN KORANG KENE KENCING KAT MUKA ? DENGAN LIPASSS ~~ arghhh !! 

walaupon aku takut lipas , aku xsampai hati nak bunuh . aku lari kan diri je .  janji lipas tuh xkacau aku . 

# esok nak pergi swimmimg . lama aku x pergi mandi manda .  

SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Thursday, October 27, 2011

ALONG MACAM MAK

assalammualaikum semua , 

selamat malam , malam yang indah kan ? banyak betul bintang di dada langit yang tiada pengunjungnya . haaaiii , INDAHNYA KUASA MU YA TUHANKU ! 

malam yang indah ni menbawa aku terbang bersama lamunan ( macam ayat novell pulak , maklumlah , baru habes baca 1 buku tebal ) .. haha , no la , just aku nak cerita sedikit perkara yang buat aku sebak malam malam nih . 

sejak hari senin lepas aku lepak uma along . saja je nak habeskan cuti deepavali . so , aku pon kerja part time tanpa gaji ( dengan rela hati dan diri ) aku jadi baby sister untuk anak buah sulung aku niii , 


so , ada masanya aku terlihat kemesraan along dengan anak sulung dia tu . timetuh , aku betul betul igatkan mak . masa aku dulu , mak tantang aku macam tu ke ? mak jaga aku cam tuh ke ? mak maen maen dengan aku macam tuh ke dulu ? haiii , mesti macam tuh kan ? 

aku rendu sangat kat mak . serius , walaupun mak aku tuh straight ! tapi aku cuba paham kenapa dia straight gitu . SEBAB DIA SATU KE KAN ? RISAU . kan ? 

bila aku da besar nanti , aku mungkin macam mak jaga anak anak dia , macam along jaga najah . tapi  , masa depan siapa tahu ? 





# malam yang sunyi ditemani bintang-bintang yang bergelipan kat luar sana tuh . haiiii 

SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Wednesday, October 26, 2011

TRIP KE INDONESIA (PARTTHREE)

assalammualaikum korang dan happy devapali !! mm , macam mana hari korang rini ? SERONOK RONOK ONOK NOK ?

heheh , destinasi kami seterusnya ialah ISTANA  PAGAR RUYONG ..



sedikit sejarah yang aku tau di situ :
istana Pagar Ruyung telah dibina pada 1976 bagi menggantikan istana yang asal dan dibuka sebagai muzium. Ia merupakan tarikan pelancong. Namun istana ini telah dijilat api pada 27 Feb 2007 apabila bumbungnya disambar petir


sebelum ke destinasi yang terakhir aku sempat jugak singgahke kedai kedai cederamata . alang alang nak ke situ , beli lah aku selipar baru . baru baruuu , kikiki .. 



destinasi terakhir kiteorang ialah DANCE AND MUSIC TRADITIONAL ... pelbagai persembahan yang disediakan untuk para pelancong .. MACAM AKU NIII ~ ... heheh 


 best la jugak , RAMAI ! part yang best ialah bila ada persembahan KACA , jeng jeng jeng . ngeri beb ! dah la pecahkan kacA kasi berderrai , melompat lompat pulak kat atasnya . bukan lompatlompat je , berlawan silat pulak atas tuh ! . bukan tuh je okeh , siap 'cuci muka' dengan serpihan kaca kaca tuh semua ! CRAZY ! 









memang best pergi indonesia tuh . kalo korang bercadang nak ke PADANG PANJANG , INDONESIA . korang boleh mintak khidmat PAK HELMI . nanti aku kasi no fon dia . 






SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Tuesday, October 25, 2011

TRIP KE INDONESIA (PARTTWO)

assalammualaikum semua dan selamat malam 

sebelum malam habes dan pagi bermula , dan takut pulak aku terlupa . biarlah aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI  KEPADA MEREKA YANG MENRAIKANNYA !

baek lah , mari sambung cerita trip aku ke indon tuh . mmm , sampai dari airport kat indonesia . nama airport tuh adalah AIRPORT MINANGKABAU A.K.A INTERNATIONAL MINANGKABAU . aku bukan nak cakap apa .. cubaaa ... aku kurang puas hati dengan layanan oranng yang berkerja kat situ . yess  , serius ! biasalah airport , mesti ada pelbagai bangsa asing kan ? berkulit putih melepak , hitam , ....  tapi yang aku perhatikan perjalanan ''scan'' apatah berjalan dengan lancar . aku dan keluarga yang paling last sebab kiteorang kene isi borang apatah ( tak tahu tak tahu ) so , kiteorang yang last lahhh . 


sorang sorang kene beratur untuk dicopkan passport tuh . so , aku dengan wan , ayah dengan adek , along dengan najah ( abang long pergi lewat sikit sebab ada masalah passport ) mak dengan atOk . bila sorang sorang dah pergi . tinggal mak dan atok yang tak lepas lepas . KESIAN gila ! sebab aku rasa orang yang bekerja bhagian cop tuh buli dieorang ~ . mula mula dia suh atok letak 4 jari kanan dan kiri , pas tuh ibu jari , pastu 5 jari kiri dan kanan , pastu mata . same thing happen to mak jugak . FUHHH ~  , macam macam. 
ada jugak aku terpikir : 
kenapa lah time depa ( orang indonesia ) nak melancong ke malaysia , tak dibuat gini ? bila orang malaysia nak ke sini , kami dibuli pulak . 

=.='' masa keluar airport , along ada sewa seorang supir namanya , PAK HELMI . dia guide tour kiteorang . best broooo ~ , dia bawak kiteorang staraight ke tempat tempat shoping . yang berbooring kan tuh ialah , kedai kedai yang dia bwak tuh semua jual TELEKUNG , BAJU , TELEKUNG , BAJU . aku bukan nak komen apa . cuba , aku x berapa minat shopping2 nih . HURMM , 


destinasi berikutnya , ialah water fall ... best  tapi yang sedihnya . kiteorang xdapat mandi . selain dapat tentangan daripada mak ayah . pak helmi pun x kasi sebab kawasan situ batunya licin dan tajam ! 






orang sana kata .... 
kalo dibasuh muka 3 kali guna air itu , muka bakal berseri seri ! 

tapi aku tak di-try pulak ! heheh , destinasi seterusnya ialah RUMAH GANDANG MINANGKABAU ! kiteorang pergi muzium . emm , terasa macam pergi lawatan sekolah pun ada , heheh nak tahu rumah tuh gane ? gini :



sedikit informasi yang aku dapat dari muzium PUSAT DOKUMENTASI DAN INFORMASI KEBUDAYAAN MINANGKABAU PADANG PANJANG : 



  • skutur binaan rumah yang mengenyet adalah kerana ia tahan akan gempa atau gegaran yang kuat . 

  • nama minangkabau berasal dari menang + kerbau . atap yang seperti tanduk menrupai tanduk kerbau yang tanjam . 
  • ukiran pada rumah gadang menbawa beribu makna dan erti yang berlainan 
  • setiap laki laki yang berusia kira2 12tahun akan tido di surau bukan dia rumah . 
  • setiap tiang bermaksud area sesebuah keluarga . ( serius cakap , tiang antara tiang bukannya jauh , ini bermakna ruangan sesebuah keluarga adalah kecil )
bilik

(untuk info lanjut , sila ke sini )

orang kata kalo suda ke sini , jangan lupa kawen lagi .HAHAH , maksud kawen lagi ada 2 . satu , korang si adam kawen satu lagi . atau , dua pasangan yang dah lama kawen try baju pengantin minangkabau . hahah , memang best . 

PASANGAN PERTAMA :

ni atok dan wan aku . dah lama kawen dahh . dah ramai anak dah pun .. 


PASANGAN KEDUA :

ni pun dah lama kawen , mak aayah aku . depa siap buat anak 4 tahu . heheh


PASANGAN KETIGA :

yang ni takkk , depa adek beradik . akak aku dan ahmad , adek aku . 

PASANGAN KEEMPAT :

alone ~ 
=(

bila semua orang ada pasangan . aku sorang je x da . sedih tauu . HEHEH nak wat gane , kekasih ku tertinggal di MALAYSIA , 


memang suatu kenangan yang indah bagi aku . sebab FIRST TIME pakai baju kawen ! heheh , 


so , destinasi seterusnya . MAKANNNN ~ lapoooo~ makan kat sini len sikit . namanya NASI PADANG . dia hidangkan kita makanan yang banyakkk ~ dan dia akan kira makanan yang kita usik jer , makanan yang tak diusik ditolak ketepi . 


lepas makan , PAK HELMI bawa pulak kiteorang ke KILANG SULAMAN . ermm , betul betul macam lawatan ERT . cuba bawak cikgu SUSILA , comfem dia suka . hihihi , 


kalo aku buat satooo sulaman by my own hand pastu kasi cikgu ERT ( puan susila ) , kompem dia bangga ! HAHAHH 


hasilnya akan jadi gini :


best lah , orang tuh ada jual menjual . jual baju kurung siap dengan sulaman yang PERHHHH cantek gilaa. boleh buat hantaran kawen aku ! HAHA , tapi 
BARANG CANTEK , BAGUSSS . KOMPEM HARGA BANYAKK CANTEKK , BANYAK BAGUSSS 

lepas menlawat 'kilang sulaman/baju' kiteorang pergi pulak KILANG KOPI ( kan aku dah cakap , kita orang macam pergi lawatan sekolah , HAHAH )

kopi yang dulunya gini :


akhirnya akan jadi gini :


dengan kaedah gini :


HAHAH , memang best lah sebab inilah kali pertama kut aku tengok macam mana nak buat kopi ! dan yang super duba bestnya ialah dapat rasa kopi tu sendiri ! heheh , best brooo ~ 


selain daripada penjualan kopi , kat sini ada jual 'pisang sale' atau pisang salai , kepek dan sebagainya . yang aku suka pisang salai .! sedap broo ~

masa berlalu pergi , kiteorang mengidap 3 hri 2 malam kat HOTEL ROYAL DENAI  ... hotel ni 3 BINTANG JEE ~ sebelum aku menutup mata . sempat jugak aku teringat SEPANJANG PERJALANAN ke destinasi ke destinasi . perjalanan kami ditemani dengan SAWAH PADI . indah ya amat ! KAYA TANAH INDONESIA DENGAN PADI . kalo korang nak tahu , korang bukak buku teks form3 geogari bab tanih . gambar yang ada dalam buku teks tuh SAMA SUNGGUH DENGAN APA YANG AKU NAMPAK SEPANJANG HARI !  =D






SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Monday, October 24, 2011

TRIP KE INDONESIA (PARTONE)

assalammualaikum para manusia sekalian dan salam 1 malaysia dan negara anda ~

mmm , sebelum tuh aku nak kasi tahu la . 2post yang terakhir(sebelum post nih) aku ada berhasrat nak buat contest kan ? aku minta maaf lah kepada korang yang rasa rasa nak join contest blog aku tuh .aku rasa aku x jadi buat lahh . ada beberapa masalah yang ''agak malu'' untuk dinyatakan . heheh 


so, sejak kebelakangan nih aku ada pergi melancong ngan FAMILI di INDONESIA .  besttt yoo . tapi bohong kalo aku cakap itu first time aku pergi . dah banyak kali dah . hahah , yang best tuh . aku kasi tahu kengkawan yang aku nak pergi korea . heheh , depa pun ingat betul lah . maklum lah , aku nih kan gila koreaa aaa~ . heheh , tapi lepas aku update status '' GOODBYE MALAYSIA , WELCOME INDONESIA '' baru lah depa sedar . heheh , SORRY MY FRIENDS , gua saja kasi GEMPAK ! ( gempak lah sangat ) 


 flight aku sekeluarga pukul 7 kalo x silap (lebih kurang lah tuh) ayah aku cakap semua orang kene bangun pukul 1PAGI ! pada mulanya aku ingatkan tak nak tido sebab aku rasa aku boleh tahan . so , aku buatlah kopi panas . minum minum sambil baca komik . sempat jugak aku buat panggilan kasi borak ngan member ( SAMPAI ABES 10RM SEKALI TERUS ) bila habes je kredit baru nak menyesal . hahah , tapi , akhirnya aku kalah dengan pujukan syaitan . tertido lah aku . dan apabila aku bangun , AKU LAH ORANG TERAKHIR YANG BANGUN . memang rush gila lah , sampai kamera tertinggal . huhuh , ingatkan ontheway ke airport dapat lah lelap mata nih . BUT , TAK JUGAK ~ , huhu, boring tengok jalan jerr ( ikut highwaay ) sampai airport , aku ajak mak pih tandas . SEBENARNYA . AKU SAJA JE NAK SINGGAH MCD . bila dah selesai segala urusan dalam tandas , aku cakap ngan mak . 
tadi x sempat nak makan nasi goreng mak . boleh tak kita singgah mcD sekejap . akak lapar lah mak . pleaseeee~ 

dengan buat muka comel , mak pon belikan. BURGER 1 DAN TEH 1 ~ bapak , mertua lalu pun x perasan ( mertua ? anak sapa pulak yang jadi laki aku ? ) HAHA 



sedap ya amattt ~ , ( JANGAN CAKAP AKU TAK PERNAH MAKAN KEHH ) masa nak ambeskan , tetiba AHMAD jeles lalu berkata 
mak belikan akak jer ? adek punya mak tak belikan ?
HAHAH , kesian dia kan ? dia nak sikit pun aku tak kasi ... heheh , masa berlalu bukan macam kengkura . sekejap je dah kene check in . pendek cerita , bila  da selesai segala check in . kami sekeluarga pun ''in'' lah kapal terbang AIR ASIA  .. aku ikut ayah dan adek . yang len len semua dah pergi dulu . kiteorang boleh termasuk kapal terbang ke FILIPINA !! , hahah , naseb bek orang tuh cakap 
cik nak pergi filipine ?

dari situlah kiteorang sedar we in wrong airplane ! dengan malu dan segan kiteorang patah lah balik dan masuk ke laluan yang betull ~ , 






dalam kapal terbang , aku jumpa .. PARAMUGARI DAN PARAMUGARA yang cantek dan hemsem ! heheh .. macam kita tahu , bila kapal terbang tuh nak berlepas, telinga kita mesti rasa sakit kan ? sebab tekanan tinggi . cara xnak kasi telinga sakit just MENGUNYAH ! mengunyah la apa apa . aku masa tuh mengunyah coklat . so , xda lah rasanya . bila landing tuh .coklat xda dengan aku . so , dengan beraninya , sebenarnya , saja je nak kasi telinga sakit .. perhhh , SAKIT DOOOOOIII ~ , xterkatalahh !! 

so nasihat aku , kunyah la apa sahajasebelum telinga anda sakiet !




SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Wednesday, October 12, 2011

KISAH RINGKAS SEBELUM PMR (part 2)


assalammualaikum semua , HOHOH , sambung kisahku ya ? apa nak diceritakan lagi ? ermmm . okeh3 , INI KISAH CINTA , ehehhe , 

Aku tak tahu kenapa perasaan 'SUKA' hadir betul-betul ketika seminggu aku dah nak exam . Rafiqa siap marah aku lagi . tapi nak buat camne ? aku sendiri tak perasaan bila perasaan tuh bertapak kat hati aku . bila aku sedar pabila aku SENTIASA NAK LARI DARI DIA . hahah , 

ada satu hari tuh , aku baru keluar tandas .. seyes , baru melepas . BERTEMBUNG NGAN DIA . aku macam robot . macamm , kaki aku yang kawal aku BUKAN AKU YANG KAWAL KAKI AKU . aku berpatah balik masuk tandas then kunci . lepas aku ketuk ketuk pintu tandas . 
 apa gila ke aku ni ? kelas da na start nih . takkan sampai balik nak duduk dalam toilet .
so , aku decide . WHAT HAPPEN THING HAPPEN . aku mesti masuk kelas . bila aku kuar toilet . dia dah takda . dia perasaan aku agaknya . hurmm , 
 


benda ni sering terjadi kan aku bila aku da jatuh cinta . GILA TAPI BETUL . perkara yang sama terjadi kat sekolah . yaaa ~ , LARIKAN DIRI dan terus BERLARI . tapi so far , aku takdalah sampai tak masuk kelas kan ? GILA KAU X MASUK KELAS ? heh =.='' 

so , one day . aku dapat tahu yang dia SINGLE . tapi hatinya telah disukai dan menyukai serta saling sayang menyayangi . YAAA , sapa tak sedih kan ? tapi sedih aku xlah sampai xnak ambek exam . LOVE IS  EVERYWHERE . kan ? bila aku mintak khimat RAFIQA , satu je dia nasihat aku dan aku pon nak gunakan nasihat dia ni untuk menasihat korang semua ,

  KAU TAK DICIPTAKAN UNTUK DIA DAN DIA TIDAK DICIPTAKAN UNTUK KAU , MAKA KAU TELAH DICIPTAKAN UNTUK ORANG LAIN  .
 hahaha , TERGAMAM I YUKK bila dengar dia cakap gitu . tapi apa dia cakap betul . aku betulbetul jadi kuat bila dengar nasihat dia . yess , DIA TIDAK DICIPTAKAN UNTUK AKU DAN AKU TAK DICIPTAKAN UNTUK DIA .

satu perkara lagi . aku pon perempuan . mana mungkin aku nak lawan atau pun sukakan dia meskipun aku tahu dia dan kawan aku yang tak seberapaa rapat saling suka sama suka . 


 okeh la ,aku kat CC ni . hehehe , nanti cerita lagi teman teman . BTW , sorry la aku dah tak leh nak online selalu . banyak sebab .


% aku nak buat contest nanti . kome-kome join la yeeee ~ AMAT MENGALUKAN . HADIAH LUMAYANNNN ~ maybe , lebih RM20 . (Rm21 je . heheh , ) TAK LA TAK LA , aku maen-maen jerrr




 BA....BAI !


SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Tuesday, October 11, 2011

KISAH RINGKAS SEBELUM PMR ~

assalammualaikum . 

kesah ini tidak ada kene dan mengena dengan korang . IA PASAL AKU , SITI CNT . owner blog ni . 

aku jalani kehidupan macam biasa . aku bukannya artis korea or pelakon hindustan , aku je berangan jadi gitu . hehehe , 




baiklah , hari semakin berlalu , masa semakin melepasi angka dan angka . aku dapat SLIP KEMASUKAN . aduhai , masa tuh , aku rasa MENYESAL NA MANPUS . yelah , kalolah boleh diundurkaN masa , aku nak jadi form 1 balik . belajar dan tidak bermain ... itulah PENYESALAN kan ? hariaku dapat slip hari tu jugak lah aku dapat jadual exam . sebenarnya boleh je tengok iternet tapi disebabkan STREAMix yang tak berbanyar MEMANG TAK LAH ! bila da dapat jadual exam , aku kasi mak . ntah kenapa , , mak boleh potostek banyak2 then tampal kat dinding dapur. RIMAS PON ADA TAU ! nak pi tandas nampak jadual , nak makan , nampak jadual , nak basuh tangan , nampak jadual . MEMANG MENGINGATKAN AKU DUA PULUH EMPAT JAM dengan PMR ! huh , ntahlah . 

hari demi hari masa berlalu pergi . huuuu ~ aku sakit pulak . demam , batuk , muntah muntah . 

ada one day tuh , aku 4 kali muntah . 3 kaali muntah dalam kelas. MENJIJIKAN KAN ? ****a pon marah aku . masa tuh aku rasa sedih sangat . ku da la sakit . kene marah pulak . macam jatuh ditimpa tangga. sedih tauu ...  but that ok . manusia ada macam macam kan ? 

tpi aku nak ucap beribu juta terima kasih kat QASEH SERI , sebab banyak tolong aku masa aku sakit . series terharu . aku muntah dia kasi aku aiyak . aku muntah dia tolong jilat  lapkan . tolong buangkan sisa , HAHAHAH , tengs pika sayang ~ 
:D 

seminggu sebelum PMR pulak aku demam . gila kan ? ayah aku marah ohhh  . macam ni kisahnya , 

aku tengah tunggu pakcik tuuk ambek aku sekolah . tiba-tiba hujan renyai jadi lebat . aku x nak kete pakcik , sebab aku berteduh kat bumbung terlebih depan dewan . ramai orang time tuh , bila dah terang sikit , aku cepat cepat naek nak tengok pakcik dari tingkat atas . masa tuh aku kene la ujan panas . THE END . 

aku x salah kan pakcik mungkin da takdir aku kut .. ~ ..  hahahah , okehla . nak buat cam ne . PMR TETAP PMR .  aku tetap abik nya . 


bersambung... ( ada tugas yang telah diamanahkan dan perlu dilakukan ) sedih la .. ~ 




% aku nak uat contest nanti . JOIN TAU ~


 




SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

SELAMAT PAGI MALAYSIA TERCINTA ^-^

assalammualaikum semuaaaa ,, rakyat MALAYSIA yg tercinta ... 

how are u sayang semua ? hahahha , sumpah AKU EXCITED GILA NAK BLOGGING MACAM FIRST TIME AKU BLOGGING !! fulawehhhh ~ 

beklah , biar aku kisah kan secara ringkas dalam post yang ringkas pasal kehidupan aku startnya apabila aku sedar aku calon PMR . ( ayat tukang langgang ) hahaha , 

baiklah . banyak sebenarnya dugaan dan ujian yang ALLAH uji aku aritu . kesihatan , kestressan , persahabatan , dan other all lah . tapi sebelum tuh aku nak repair blog ini japp . 

nantilah , biar aku istiharkan .. 

SITI CNT IS BACK GUYY ~ 

SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Tuesday, July 19, 2011

notis CUT OFF

assalammualaikum korang dan dan dan , salam rendu kepada semua orang yang suka blog ini . 


okeh , ini adalah entry aku selepas berbulan xupdate . sorry guy . hari berganti hari , xsangka ada beberapa bloger SUDI FOLLOW AKU yg dah lama tak diupdate nih . peningakatan yang POSITIF . orait , aku nak kasi tahu korang yang 

aku clash  dengan blogger sampai bulan NOVEMBER 
BUKAN BERHENTI OK !

kenapa ?
because tmetable aku betul betul fixed lah ! aigooo ~ 
accuatly , you know 8 OGOS nanti AKU BAKAL MENDUDUKI PERCUBAAN PMR 2011  dan dan , 4/11/11 nanti AKU BAKAL MENDUDUKI PMR . yeah ~ 

SORRY MY DEAR ,

banyak jugak event2 yang terlepas aku nak cerita , sorry ~ , 

but i promise , 
after the important exam abes , balik sekola aku akan tulis banyak sampai korang muntah2 baca okeh ?


korang boleh dengar lagu lagu DARI RADIO ERA FM dalam blog aku , sambil2 tgk korang punya pesbukk tuh ^_^

that my group , JOM CONTACT AKU MELALUI GROUP 

HAA , nih page aku , JANGAN LUPA LIKE OKEH ?







SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Sunday, July 3, 2011

kesah kepermergiannya

tutup radio dan dengar lagu nih sambil menbaca ini entry 


assalammualaikum semua dan salam 1 malaysia serta blogger .
entry kali ni mungkin yang terakhir (tak pasti lagi) yang menceritakan kepergian ARWAH HAJAH MOOR BINTI LEHAT , iaitu NENEK YANG TERBAEK YANG PERNAH SAYA ADA SEPANJANG 15TAHUN SAYA HIDUP DI MUKA BUMI INI . maaf sebab lambat buat entry ini , aku kene cari mood masa buat ini entry ...


ARWAH PERGI PADA HARI ISNIN , 27/6/2011, PADA JAM 1PETANG DI HOSPITAL KUALA LUMPUR 


hari isnin lepas , masa balik dari sekolah .. belom sampai rumah . aku terpandang kat tangga sebelah kiri dekaT dengan library , aku ternampak SESEORANG SEDANG BERJALAN MENBONGKOK MENAIKI TANGGA , tapi tak nampak muka . aku tak tahulah kenapa hati aku tergerak nak ke sana dan tengok sapa ..... kaki melangkah pantas dan pergi ke arah tuh ,, dan aku pon melihat TIADA APA APA ...
pelik tapi tak seram , sebab aku cuba nampak tangga sahaja ...


balik dari sekolah , akak aku suruh siapkan baju . nak balik  JOHOR . aku tahu tuh rumah makmok so aku tanya buat apa . ADAKAH MAKNGAH NAK BAWAK KAMI MANDI AIR TERJUN ? tapi , kegembiraan aku hanya sekejap  je bila akak aku cakap 

kau tak payahnak gembira sangat eh

aku terganga~ dan terpingga ,menanyanya kenapa dan kenapa ,
akhirnya persoalan kini terjawap dengan hati yang tenang
makmok ... dah takda .

ALLAH , ALLAH , ALLAH , ALLAH ...

aku yang berdiri boleh terduduk , ternganga ..


baru 2mingu lepas aku visit dia . siap buat entry lgi .
  >check this out< .

pastu , arini , aku dengar khabar yang dia telah MENINGGAL DUNIA . macam , mimpi atau lakonan je kan ?  tapi it true . aku sedih sangat .. setelah itu , bergema rumah dengan tangisan aku dan adek aku .


walaupon air mata jatuh lebat , tapi tangan pantas memasukkan baju ke dalam beg . angah suruh , banyak bawak baju kurung . hati ini , masih xpercaya makmok telah pergi . aku , TAK PERCAYA !! tapi terdetik di hati ,
mana mungkin angah maen maen pasal mati mati nih

after aku siap-siap .. aku nak makan , bukak peti sejuk dan aku nampak KEK !




birthday AYAH !! tapi , kami tak celebrate pon birthday ayah sebab masa terlalu rush dan sedeyh kerana hari itu adalah hari makmok meninggal dunia ...
:(
adik aku koll mak , tanya kek tuh dia nak makan boleh ke tak , mak aku cakap  makanlah .

KORANG NAK TAHU KEMANA MAK AYAH AKU ?

dieorang yang tengah keje terus ke HOSPITAL KUALA LUMPUR after dapat tahu yang makmok meninggal dunia , mak ngan along untungla .. dapat mandikan makmok ...that part aku sedih sebab tak dapat mandikan makmok .


aku sedih sangat . aku koll kawan baek aku , rafiqa ... aku ceritakan dia , semua , dengan tangisan ...dia mula mula tak caya , tapi bila dengar aku menagis , dia start percaya , dia asyik marah aku jeh . katanya
kau jangan nak salahkan diri lah . kau dah jaga makmok selama 15 tahun , sekarang ALLAH nak jaga dia lebih baek daripada kau jaga dia sebelum nih  ... ALLAH sayang dia lebih dari kau sayang dia . etc ,

banyak perkara dia marah aku , dan aku menagis dan menangsi ... menagis bukan kerana dimarahi  tapi kerana kehilangan seseorang yang disayangi ...  after kol rafiqa , kollah Mak Angkat aku yang selalu jaga aku dulu , katanya
 mak baru nak lawat dia cuti ni , terkejut makbila kau cakap dia dah meninggal 


selepas aku tipon orangorang yang disangka penting . aku tunggu ayah aku balik dari hospital untuk menjemput kami semua , aku , adek dan angah untuk dibawa ke TEKAM , Johor ....... lajuu ayah aku bawak , TENGOK TENGOK VAN JENAZAH ADA KAT BELAKANG KERETA KAMI . laju gila , semua pakai tali pinggang keledar .. untuk keselamatan ...


angah ada cakap kat aku 
kau jangan nak menagis kuat kuat dalam kereta , takut ayah yang memandu terganggu emosinya ... macam macam boleh terjadi 

aku still menagis jugak padahal jenazah makmok ada kat dalam van jenazah yang berada di belakang kereta aku ... tangisan aku tak kuat tapi air mata memang tak dapat dibendung lah .  dalam kereta , semua senyap . abang long senyap , adik , aku , angah , ayah semua senyap . yang didengar adalah lagu lagu yang diutarakan dalam radio . YANG PELIK , LAGU UH SEMUA LAGU JIWANG , lagu sedih sedih ....


angah tekun menbaca surah yassin . aku UZUR time tuh , part tuh lagi aku sedih sebab tak dapat nak sedekahkan apa apa untuk arwah ketika itu . angah aku pujuk katanya 
tak pe , nanti kau abes je cuti , kau buatlah ...


ayah aku tekad katanya , 
MESTI SAMPAI TEKAM SEBELUM MAGRIB , SEBAB LEPAS ISYAK DAH TAK DA ORANG KAT MASYID

ALHAMDULILAH , tercapai jugak .... aku sampai serentak dengan van jenazah , bila kereta dah selamat parking .. aku keluar dan berlari tanpa tutup pintu , aku tahu , dalam kereta tuh ada angah so , nanti dia tutuplah ...aku duduk belakang van jenazah tuh , bila bonet dibuka , keranda pon keluar , aku nampak kak atik tengah peluk along sambil nagis nagis . aku lari pergi kat mak , lalu peluk dia kuat kuat . aku cakap 
akak sedih sebab tak dapat jaga makmok untuk kali terakhir dia hidup ...akak igat kan jumaat sabtu ahad nih akak nak pergi nak jaga makmok .. tapi tak tahu pulak makmok akan pergiiiii .... !!! pandangan dia kat hospital aritu , akak igat , dia pandang je akak masa nak keluar wad tuh , masa tuh akak nak berlari je kat dia makkk , makmok dah tak da !

dia ... dah pergi .. pergi , makmok  ....pergi tinggalkan duniawi ini , aku ,, aku ..

bila dieorang bawak arwah masuk dalam masjid untuk disembayangkan ... aku keluar sekejap , aku pandang belakang masyid tuh , ada khemah yang bercahaya , bawah tuh ada kubur ..  
itulah kubur makmok

aku tanya jugak kenapa tak kebumikan sebelah kubur arwah incik , suami dia .. mak sedara aku cakap , dah penuh , jadi makmok dikebumikan kat belakang masyid . betul betul belakang masyid ....

sumber goole

MESTI KORANG INGAT ANAK CUCU CICIT MAKMOK DAPAT CIUM DAHI DIA UNTUK KALI TERAKHIR ,

tapi , 
hakikatnya , 
TIDAK    

KENAPA TIDAK ? after je makmok disembanyangkan , dieorang terus bawa makmok ke tanah perkuburan  , si cucu lelaki , yang tak sampai hati , terpaksa disampaikan jugak, yang tak tahu kenapa , terpaksa ikut .... cucucucu perempuan makmok semua pelik , termasuk aku . 
kenapa tak dapat cium makmok ?!!

dah banyak yang menanyakan soalan yang sama , tapi jawapan adalah tak da sapa menjawap . dieorang bawak makmok ke tanah perkuburan , aku nampak atik ngan makngah berlari kesana ... teliinga ini terdengar mak ngah cakap 
 sabar tikah , kaki mak nih bergetar ...
mungkin makngah terkejut , atau takut ... ALLAH , 
aku teringat nasihat rafiqa siang tadi 
kau kene igat , bukan kau sorang je yang sedih . anak anak arwah makmok lagi sedih . mereka kini dah jadi anak yatim piatu . kau kene bersyukur , kau masih ada mak . tengok mak kau . dia dah xda ibuu ..
aku berjalan ke tanah perkuburan dengan mak sepantas yang boleh . takut tak sempat nak tengok muka makmok untuk kali terakhir ....  aku berhenti betul betul depan jenazah makmok . betul betul , masa tuh , otak nih berpikir 
mak mok aku kee tuh ? dia ke tu ? makmok ke tuh yang ... diaorang nak tanam tuh ? makmok keh tuh yang kene kapan th ? MAKMOK KE TUH !!! 

aku terpaku , terbisu , terpana , terdiam ,  sebab makmok betul betul depan aku ..... DEPAN AKU , MAKMOK !!!!! , masa aku terpana dan sebagainya tuh , aku sedar yag diaorang dah angkat mak mok pelan pelan ke dalam liang lahat . aku panjat tanah yang diorang nak tanam tuh , 
 YA ALLAH DALAMNYA , kat situ ke makmok akan tinggal ?

kaki aku dah bergetar ... nasib bek makngah pengang baju aku . takut aku jatuh ke dalam pulak  ...


masa tuh aku tak nages , bukan tak sedih tapi mak aku pesan , katanya ...

akak jangan nages , makmok sedih tengok cucu dia menagis .. lagi lagi masa pengebumian dia ..
aku tahan , aku tahan terpaksa ... sapa tak sedih kan ?
aku nampak sendiri macam mana orang orang nih angkat nenek aku dimasukkan ke liang lahat , sebelum ditanam , ada acik tuh cakap , 
ha , sapa nak tengok muka arwah , cepat cepat

masa tuh , anak , cucu , cicit arwah berlari ke depan nak tengok . aku xdapat . aku pujuk hati 
xpe lah fatimah , biakan lah cucu makmok yang xdapat tengok dia masa dia sakit melihat wajah arwah untuk kali yang terakhir ....
aku nampak kaki makmok je . air mata yang bertakung terumpah juga .  maafkan akak makmok ...



aku peluk mak aku , aku cakap 
akak tak sempat jaga makmok kat hospital ... akak xsempat

aku menagis sepuas puasnya kat mak . mak cakap 
xpe kak , makmok paham akak nak peksa , akak kan sekolah

hakikatnya , aku kesal tak dapat jaga dia for the last time...




masa tuh , aku tengok tanah yang depa tanam semakin lama semakin penuh , living makmok kat bawah tanah ... masa tok iman baca apa tuh , aku tertarik kat  ayat  
Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Sesungguhnya balasan pahala kamu akan disempurnakan pada hari akhirat nanti. Sesiapa yang dapat mengelakkan dirinya daripada neraka, maka dialah orang yang berjaya. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya sementara dan penuh tipu daya.

Daripada tanah kamu dijadikan, untuk mencari ganjaran dan pahala. Ke dalam tanah kamu akan dikeluarkan untuk menjadi habuan ulat dan cacing. Ingatlah, daripada dalam tanah ini, suatu ketika kelak kamu akan dibangkitkan.

masa tuh , aku pandang tanah lama lama  . Ya Allah , ....



lepas kami sekeluarga menyiram air dan tabur bunga ke atas kubur arwah makmok , kami berlalu . aku pandang tanah kubur itu , air mata jatuh ... masa tuh dah gelap . tapi tak takut pon , mungkin kerana terlalu sedih akan permergian  arwah .... tapi , masa tak boleh behenti , aku xkan tinggal disitu sendiri ... aku peluk along .. kami berlalu meninggalkan tanah perkuburan ...

sumber google

sapa ntah cakap ngan aku , katanya ,
 sekarang makmok tido sorang sorang 

aku terasa dengan ayat dia tuh sebab selama nih , aku yang selalu tidur ngan makmok . selalu teman dia tido . dan sekarang , dia tido tanpa teman . aku sedih , sedih sangat . menagis  .

along aku lagi sedih sebab along aku dulu , after dilahirkan diserahkan terus kepada makmok sebab arwah nak bela dia dulu . pada masa yang sama, dulu mak ayah aku susa kan , so , depa serahkan along kepada makmok . along ngan makmok memang rapat . along dah macam anak kepada arwah . dan arwah dah macam mak along ...


along ada cakap ngan aku
lepas orang orang nih semua balik ... malaikat mungkar dan nakir akan datang menyoal makmok

aku betulbetul sedih , mata nih betul betul bengkak ... masa otw pih rumah ( aku lupa , nanti aku tanya mak aku uma sapa th ) dalam kereta , SENYAP jeh ~  gelap , aku dok belakang dengan adik ... pening kepale oo , xtahu lah .. mungkn sebab aku asyik nages sepanjang hari .. sampai rumah tuh , wat lah kenduri tahlil ... abes jeh , bicang bicang , (hal orang tua , aku keluar makan) , masa makan, aku pandang langit .

YA ALLAH , BINTANG BERTABURAN KAT DADA LANGIT , INDAH CIPTAAN MU .


indah , tapi malangnya , hari nih adalah hari yang menyedihkan .. kepergian arwah makmok adalah kepergian yang pertama pernah aku alami ....

after kenduri , balik rumah makngah , accuatly rumah arwah makmok dan arwah incik . aku cakap dalam hati masa tuh

mok , akak kat rumah mahligai makmok dan arwah incik . rumah binaan cinta antara mak mok dan arwah incik ...

aku , mak dan angah mandi sama sama , takat bilas badan je .... masing masing penat . mokda dan famii still lagi berborak pasal the lastest moment makmok sebelum dia pergi .... aku ada dengar dengar sikit .. tapi , aku malas dan penat nak berbual ... aku suh mak aku pelok malam tuh , aku betul betul sedih akan permergian makmok ........

pagi tuh, jam 5pagi  , mak ngah dan abang long bau WANGI SANGAT . esoknya hari , aku bangun lambat . mandi pun lambat ... lepas makan tegahhari baru mandi ... ntah lah , sejak hari tuh aku rasa mood , semangat aku hilang . HILANG 0 PER 0 ...



masa pagi aku ikut along , kak nisa , abang long , ahmad dan pak ngah pergi cari durian ... aku saja je ikut sebab kalo aku stay situ sorang sorang start lah aku terkenang kenangan .. accuatly kat atas sofa yang selalu makmok tido , termenung , makan  , , tengahri , after makn lunch ... semua berkumpul kat tempat kiteorang makan tadi , masa tuh lah makngah cerita yang dia bau WANGI SANGAT PAGI TADI .. mak aku cakap , mungkin arwah ada balik ke rumah.. tengok anak cucu cicit dia .... masa tuh aku pandang sofa feveret makmok ... aku seakan akan terbayang dia ada di situ , tersemyum memandang aku .... tapi , tu cuba BAYANGAN AKU SATU KETIKA DAHULU ,


lepas tuh , makngah ada sampaikan wasiat daripada arwah makmok ... sedih , maklong cakap , tak sampai hati .. aku tepuk belakang dia pelan pelaan , menagis dia ...anak anak makmok semua dapat harta pusaka tuh . LEPAS SELESAI jeh pembahagian harta pusaka milik arwah melalui wasiat lisan antara arwah dan makngah ... anak anak arwah bercerita pasal kesah silam dieorang . mak long , makngah , mak uda dan mak aku sendiri .. bercerita macam mana mereka berjumpa pasangan .. dan alam persekolahan ....


kesah bermula apabila mak uda dapat keje ... dia la orang pertama dapat keje ... dari situ , perkembangan bermula . dia sengaja tidak langsung telah menemukan jodoh mak long dan mak aku . HAHAH , kelakar bila dengar cerita dieorang .. mak uda cakap
jodoh ditentukan oleh allah , tapi mak uda ni macam pembawa lah

abes pasal cinta , dieorang cerita pulak pasal sekolah .. mak aku lah cerita dia mencetuskan gelak tawa semua ,



masa tuh , aku pandang lagi kat sofa tempat nenek aku selalu duduk uh , aku cakap dalam hati
makmok , makmok ada ke tuh ? makmok nampak tak anak anak makmok tengah cerita pasal masa silam mereka ? makmok nampak tak cucu makmok tengah ketawa ... makmok ......
bertakung jugak air mata nih , cuba tak menitis jeh , cover malu depan cousin cousin .......

aku tengok along , mak , angah dah angkat bontot  naek atas , aku pon angkat lah bontot , tapi sebelum tuh ... aku baring baring atas katil makmok ...... terasa dia ada je lagi ... bila nak keluar ... kak ina terkejut .. dia igat sapa lah yang bring atas katil arwAh ...

AKU RENDU SAAT NIH , DIA SANGAT COMEL TATKALA MENYAMBUT BIRTHDAY DIA . AKU RENDU DIA . ;(

masa aku baring baring , aku dah nak nages ... aku cepat naek atas ... tengok along tengah baca yassin .. abang long tido , mak tengok tv ngan angah . aku cakap kat mak
mak , bila akak pandang sofa tuh .... akak macAM nampak  makmok ... akak rendu makmok mak , dulu , masa salah seorang adik beradik makmok meninggal .. kat situ akak ada , dan sekarang ..... makmok yang tak da .. dulu , makmok ada tunjukkan bunga yang dia tutup jam 4 .. sekarang bunga tuh dah tak daaaa ...

aku menagis  jugak akhirnya ... xkesahlah depan abang long... mak cakap
xpelah kak , akak doakanlah mkmok ... baca yassin , baca al fatihah

tetiba makngah naek pulak .. dia cakap
suda lah ... buat apa nak menagis .. arwah makmok dah pergi , arwah pergi dengan selamat dan tenang

masa tuh , sunyi je .. aku nagis , tersedu sedu ........

masa petang tuh cucu perempuan arwah makmok semua , keluarkan balik pakaian arwah , baju , tudung , telekung , dan etc , along cakap sebahagian baju makmok akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan so pahala makmok akan berterusan dapat selagi pakaian itu digunakan ... agree with that ,


masa nih , sayu je ... memandangkan semua baju makmok besar besar ,aku cadang nak ambik SEMUA telekung makmok dan  donate kat sekolahh ... tetiba aku ternampak tudung hijau yang makmok suka pakai , akak aku cakap , ambek buat kenangan . aku mesti ambek sebelum orang len ambek . so i take it ,,,
siap jeh , aku masuk bilik ... tengok mak sedara aku ngan cousin aku ... erm , diaorang tengah berbual pasal arwah ... semua cerita pasal kenangan depa .. tiba tiba ada yang menyapa aku ...

xigat sapa : arwah makmok ada cakap apa apa ngan kakak ?
aku : tak da ,
xigat sapa : akak dapat tengok arwah ?
aku : sempat , 2 minggu sebelum dia mening..gal ... masa akak nak balik tuh , dia pandang je sampai akak keluar wad ,, isk isk , akak ... cuba sedih tak dapat jaga diia untuk kalii terakhir ..

sampai situ , aku dah menagis ,, sedih betol bila mengenang pandangan terakhir arwah ...

xigat sapa : xpelah akak , dulu , masa akak kecik selalu jaga makmok . dia puji akak sebab rajin jaga dia ... selalu kasi dia ubat ..

mungkin itu pujian yang gembira bila didengar .. TAPI , AKU TAK , AKU MENAGIS .. MENAGIS MENDENGAR PUJIAN ITU . sebab , AKU DAH KEHILANGAN ORANG YANG PUJI AKU TUH .

isk isk ...

malam tuh , semua orang pergi Tekam ... tempat pemgebumian arwah ... kan ada masyid , so ada buat tahlil kat situ .. after magrib .. aku uzur , so , aku tak dapat nak menunaikan solat fardu magrib  , sekali lagi aku keluar ke belakang masyid ... menemani angah nak ambik wuduk ...


belakang tuh kubur . aku kasi salam dalam hati .. aku pandang kubur arwah makmok . aku kasi salam lagi .. aku pandang lama di situ . aku rendu arwah , betul betul rendu dia ......... aku nampak apis keluar ke kubur arwah . aku ikut dia ngan adek . ke kubur makmok . aku pandang , bunga bunga yang kami tabur masih ada ,
azan berkumbang , kami keluar dan menuju ke masyid . angah pandang aku . aku kesat air mata , kami sama sama ke masyid .. masa solat fardu magrib , aku bermonolog sorang sorang dalam hati sambil pandang orang orang yang tengah solat ...
makmok . makmok ada ke kat sini .. makngah pitam tadi . mungkin dia shock .... makmok , akak minta maaf sebab banyak buat salah ... banyak melengahkan kerja yang makmok pinta untuk dilakukan . mok , maafkan akak sebab tak dapat jaga makmok untuk kali terakhir ,, akak ingat jumaat sabtu ahad nih , akak nak jaga makmok .. tapi makmok ...

aku dah menagis ... tapi dalam diam , selesai solat fardu .. memandangkan rabu(29haribulan) adalah  israk mikraj , tok imam tuh kasi lah ceramah pasal kejadian israk mikraj ... tapi , aku lebih banyak mengelamun dari dengar apa yang diperkatakan ....


masuk waktu isyak . macam biasa lah , umat Muhammad S.A.W menunaikan solat fardu isyak dan aku duduk belakang .... abes je , along aku cakap , YANG DIA BAU WANGI JE ~
subbahanallah , makmok ada ke kat situ ? aku ... aku xbau pon ...

sedih betol .. tapi along cakap , mungkin aku tak da rezeki lagi ...abes je solat fardu isyak , buatlah tahlil ... aku bantu maklong siapkan makanan untuk orang orang yang buat tahlil ....... nasi ayam , banyak ~ aku makan jugak ... lapar ooo !
abes makan , bantu bantu sikit boleh pulak terjumpa arnab itam.. arnab tuh tak takut orang ... dia nampak aku tak lari dan tak kemari .. dia pandang aku je .. aku ada jugak bercakap ngan dia . aku cakap , aku dah kehilangan nenek yang aku sayang kat dunia ni


bila aku panggil kak atik nak tunjukkan , dia dah hilang pulak . mungkin dia ada , cuba aku tak nampak sebab kan malam waktu tuh . huhuhu
malam pon malam lah . aku dan cucucucu arwah makmok ke kubur makmok nak siram dan tabur bunga yang aku petik siang tadi .... sorang sorang buat ,, AKU NAK BUAT SEBAB ESOK AKU AKAN BALIK TAMPIN , aku buh banyak air dan bunga . after aku , cucu yang lain . naseb baek lampu khemah ada lagi dan tak dibukak so boleh guna cahaya lampu tuh untuk menerangi sekejap ... malam tuh , sekali lagi langit dihiasi bintang . indah , ambeS air . bunga . kami tinggalkan kawasan perkuburan . aku pandang sayu kubur makmok . aku betul rendukan arwah sekarang ... !!


sekarang ... dia dah takda . semangat aku hilang .
ramai orang nasihat kan aku . takziah , TERIMA KASIH ..
yang pergi takkan kembali ,

bila aku tengok gambar arwah , aku rasa macam dia hidup je lagi ... ALLAH ,


aku sayang makmok... tapi , ALLAH LAGI MENYANYANGI DIA ... 
benda yang paling aku sedih adalah , aku tak dapat jaga dia untuk kali terakhir .. moment terakhir yang TAK KAN AKU LUPA adalah disaat aku nak keluar dari wad .... kenangan dia dengan aku , kebaikan dia kepada aku ...    semua bermain main dalam kepala otak , kat dapur , kt ampaian , dalam bilik air  ( aku pernah mandi dengan dia ) , kat kerusi DAN PALING BANYAK DALAM BILIK AKU . kat situ dia solat , tido ... banyak kenangan dia ngan aku . dia , nenek yang terbek dalam hidup aku ,,, dia suka tinggal rumah aku , aku suka layan dia . sometimes ,dia kelakar .. semyuman dia , sukar nak tengok  tapi .... THAT THE SWEETEST SMILE THAT NEVER I SAW . 

bersama dengannya terasa bergitu cepat . perjalanan yang jauh umpama kehidupan . ketibaan di destinasi umpama pertamatan kehidupan .


YA ALLAH , KAU TEMPAT ARWAH INCIK BERSAMA ISTERINYA , ARWAH MAKMOK DIKALANGAN ORANG BERIMAN ... JAUHKAN MEREKA DARI AZAB KUBUR DAN AZAB API NERAKA , KAU MASUKKAN MEREKA KE SYURGAMU YA ALLAH , 


SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DAN TERIMA KASIH KERANA MENBACA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...