sebelum malam habes dan pagi bermula , dan takut pulak aku terlupa . biarlah aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI KEPADA MEREKA YANG MENRAIKANNYA !
baek lah , mari sambung cerita trip aku ke indon tuh . mmm , sampai dari airport kat indonesia . nama airport tuh adalah AIRPORT MINANGKABAU A.K.A INTERNATIONAL MINANGKABAU . aku bukan nak cakap apa .. cubaaa ... aku kurang puas hati dengan layanan oranng yang berkerja kat situ . yess , serius ! biasalah airport , mesti ada pelbagai bangsa asing kan ? berkulit putih melepak , hitam , .... tapi yang aku perhatikan perjalanan ''scan'' apatah berjalan dengan lancar . aku dan keluarga yang paling last sebab kiteorang kene isi borang apatah ( tak tahu tak tahu ) so , kiteorang yang last lahhh .
sorang sorang kene beratur untuk dicopkan passport tuh . so , aku dengan wan , ayah dengan adek , along dengan najah ( abang long pergi lewat sikit sebab ada masalah passport ) mak dengan atOk . bila sorang sorang dah pergi . tinggal mak dan atok yang tak lepas lepas . KESIAN gila ! sebab aku rasa orang yang bekerja bhagian cop tuh buli dieorang ~ . mula mula dia suh atok letak 4 jari kanan dan kiri , pas tuh ibu jari , pastu 5 jari kiri dan kanan , pastu mata . same thing happen to mak jugak . FUHHH ~ , macam macam.
ada jugak aku terpikir :
kenapa lah time depa ( orang indonesia ) nak melancong ke malaysia , tak dibuat gini ? bila orang malaysia nak ke sini , kami dibuli pulak .
=.='' masa keluar airport , along ada sewa seorang supir namanya , PAK HELMI . dia guide tour kiteorang . best broooo ~ , dia bawak kiteorang staraight ke tempat tempat shoping . yang berbooring kan tuh ialah , kedai kedai yang dia bwak tuh semua jual TELEKUNG , BAJU , TELEKUNG , BAJU . aku bukan nak komen apa . cuba , aku x berapa minat shopping2 nih . HURMM ,
destinasi berikutnya , ialah water fall ... best tapi yang sedihnya . kiteorang xdapat mandi . selain dapat tentangan daripada mak ayah . pak helmi pun x kasi sebab kawasan situ batunya licin dan tajam !
orang sana kata ....
kalo dibasuh muka 3 kali guna air itu , muka bakal berseri seri !
tapi aku tak di-try pulak ! heheh , destinasi seterusnya ialah RUMAH GANDANG MINANGKABAU ! kiteorang pergi muzium . emm , terasa macam pergi lawatan sekolah pun ada , heheh nak tahu rumah tuh gane ? gini :
sedikit informasi yang aku dapat dari muzium PUSAT DOKUMENTASI DAN INFORMASI KEBUDAYAAN MINANGKABAU PADANG PANJANG :
- skutur binaan rumah yang mengenyet adalah kerana ia tahan akan gempa atau gegaran yang kuat .
- nama minangkabau berasal dari menang + kerbau . atap yang seperti tanduk menrupai tanduk kerbau yang tanjam .
- ukiran pada rumah gadang menbawa beribu makna dan erti yang berlainan
- setiap laki laki yang berusia kira2 12tahun akan tido di surau bukan dia rumah .
- setiap tiang bermaksud area sesebuah keluarga . ( serius cakap , tiang antara tiang bukannya jauh , ini bermakna ruangan sesebuah keluarga adalah kecil )
bilik
(untuk info lanjut , sila ke sini )
|
orang kata kalo suda ke sini , jangan lupa kawen lagi .HAHAH , maksud kawen lagi ada 2 . satu , korang si adam kawen satu lagi . atau , dua pasangan yang dah lama kawen try baju pengantin minangkabau . hahah , memang best .
PASANGAN PERTAMA :
ni atok dan wan aku . dah lama kawen dahh . dah ramai anak dah pun ..
PASANGAN KEDUA :
ni pun dah lama kawen , mak aayah aku . depa siap buat anak 4 tahu . heheh
PASANGAN KETIGA :
yang ni takkk , depa adek beradik . akak aku dan ahmad , adek aku .
PASANGAN KEEMPAT :
alone ~
=(
bila semua orang ada pasangan . aku sorang je x da . sedih tauu . HEHEH nak wat gane , kekasih ku tertinggal di MALAYSIA ,
memang suatu kenangan yang indah bagi aku . sebab FIRST TIME pakai baju kawen ! heheh ,
so , destinasi seterusnya . MAKANNNN ~ lapoooo~ makan kat sini len sikit . namanya NASI PADANG . dia hidangkan kita makanan yang banyakkk ~ dan dia akan kira makanan yang kita usik jer , makanan yang tak diusik ditolak ketepi .
lepas makan , PAK HELMI bawa pulak kiteorang ke KILANG SULAMAN . ermm , betul betul macam lawatan ERT . cuba bawak cikgu SUSILA , comfem dia suka . hihihi ,
kalo aku buat satooo sulaman by my own hand pastu kasi cikgu ERT ( puan susila ) , kompem dia bangga ! HAHAHH
hasilnya akan jadi gini :
best lah , orang tuh ada jual menjual . jual baju kurung siap dengan sulaman yang PERHHHH cantek gilaa. boleh buat hantaran kawen aku ! HAHA , tapi
BARANG CANTEK , BAGUSSS . KOMPEM HARGA BANYAKK CANTEKK , BANYAK BAGUSSS
lepas menlawat 'kilang sulaman/baju' kiteorang pergi pulak KILANG KOPI ( kan aku dah cakap , kita orang macam pergi lawatan sekolah , HAHAH )
kopi yang dulunya gini :
akhirnya akan jadi gini :
dengan kaedah gini :
HAHAH , memang best lah sebab inilah kali pertama kut aku tengok macam mana nak buat kopi ! dan yang super duba bestnya ialah dapat rasa kopi tu sendiri ! heheh , best brooo ~
selain daripada penjualan kopi , kat sini ada jual 'pisang sale' atau pisang salai , kepek dan sebagainya . yang aku suka pisang salai .! sedap broo ~
masa berlalu pergi , kiteorang mengidap 3 hri 2 malam kat HOTEL ROYAL DENAI ... hotel ni 3 BINTANG JEE ~ sebelum aku menutup mata . sempat jugak aku teringat SEPANJANG PERJALANAN ke destinasi ke destinasi . perjalanan kami ditemani dengan SAWAH PADI . indah ya amat ! KAYA TANAH INDONESIA DENGAN PADI . kalo korang nak tahu , korang bukak buku teks form3 geogari bab tanih . gambar yang ada dalam buku teks tuh SAMA SUNGGUH DENGAN APA YANG AKU NAMPAK SEPANJANG HARI ! =D
huhuhuuuhhu.. itu ler spesel nye padang.. best kan.. hehehe... teringin la nak tinggal kat sane.. alami suasana kg.yg penuh dngan keindahan alam semula jadi.. sogar bodan den ni ha daripado menghirup asap bandar yg da mcm bandar berasap da.. hehe..
ReplyDeletebleh jugak tuh . awk pih stay sana jangan balik malaysia lagiiii ~
ReplyDelete:p